Followers

Monday, November 2, 2015

45cm paling jauh

Aku selalu tertanya kemana hilang 'indah' pada waktu itu. Sering, hati tak mampu jawab. Terbiar dan terbuang,tak dapat disangkal lagi. Dia, adalah bayang yang menghantui celik dan mimpiku.
Kisahnya bermula seperti mana2 kisah cinta moden, secara Online. Memang aku yang buka langkah, maklumlah darah muda masih panas. Tambahan pula rupa paras di waktu itu paling kemuncak, walau tak sehensem mana pun, sekurangnya aku segak dengan tubuh tegap dan tinggi melampai. Iya, masih segar semua, tegurku 5 tahun dahulu. Dan yang menambah seronok, dia menyahut! Lelaki mana tak pantang dicabar? Dan dia lantang mencabarku, dengan senyum comel bagai cahaya di hati.

Umur 3 tahun lbh muda dr aku, dilengkapi nama indah, Nadirah. Bertubuh kecil berwajah kecinaan, atuknya org jerman katanya. Dia seorang yg agak grg pada awal semuka. Namun dikit-dikit, wanita mana tak mahu dimanja? 

Kisah temu pertama, sempoi bersua di kedai tepi rumahnya, tak jauh dr rumahku sekadar 20 minit dengan kereta. Aku terkejut di muka namun meloncat ria di hati. Tubuhnya kecil, agak segak bagi seorang wanita. Jauh dibanding tinggi aku dan dia. Dan yang lucunya, soalan pertama aku adalah;

"Tinggi awak berapa?"

krik,krik.....

"saya... 150cm sahaja" ujarnya, sambil mendongak

"awak pulak?"


"saya 195cm...." balasku

"okla tu! takdela jauh sangat pun beza kan? "

wow,ok, terasa getarnya dalam hati, bila senyum diberi sedang cebik ku nanti. Malam itu berlalu indah dengan bual mesra dan gelak ikhlas. Namun...

Wajahnya tersimpan satu kerisauan, jelas di sepanjang perbualan kami ada sesuatu yg disembunyi. Suatu macam kerisauan.

Antara chicken chop hingga ke gelas kopi kedua, terlalu banyak perkara dikongsi kecuali kerisauannya. Dia anak kedua dari lima adik-beradik, paling ganas antara semua. Dia wakil futsal di universitinya di jengka, agak maskulin perilakunya. Malahan menyegankan aku yang berkerja sebagai seorang tentera. Namun dengan gaya comel dan riang, rambut mengurai halus di sisi kanan, dan suaranya, seakan feminin yang tegas. Seakan mahu hatinya dirampas.

Cerita demi cerita,hingga ke teguk kopi terakhir, kerisauannya mula mengambil rupa

"Awak,kita dah dua jam kat sini" .

Aku faham sebenarnya hint diberi, tetapi sekadar nak lengah masa lagi sebab jam baru pukul 10.

"ermm, kalau gitu, apa kata kita jalan sama2 ke rumah awk? Tak jauh kan?" Ajak2 ayamku

"Eyh, takpe2, saya balik dulu ok? Terima kasih banyak2 ye, nanti malam kita mesej ok?"katanya sambil mengenyit mahu tak mahu.

Ok,fine,  aku baru nak tunjuk gentlemen sikit tapi tak kasi chance. Fine. Mungkin mak bapak dia garang kot? Mungkin dia malu?atau mungkin dia sebenarnya dah kahwin??? Ishk, tak mungkin...

Malam itu, setiba di rumah, handset terus dicapai,badan terus dilabuh ke katil bujang. Mesej ditaip dan dihantar selaju mungkin

-Hai awak?-

-Hai abg klcc-

Choi.... baru nak feeling2,xpe2

-Seronok jumpa awak tadi, terima kasih sudi jumpa ngan saya-

-Hehe, no hal wak, saya pun, terima kasih byk2 sebab belanja chicken chop td-

Hurmm, aku cuba UP skit sembang aku

-Tadi kan wak, kenapa tiba2 nk balik rumah cepat2? Ada something ke?-

-Xdela wak, saya just tak selesa kalau di luar lama2. Nanti ibu saya marah-

Oooooo, anak mak la ni, normal la tu kan? Mak mana tak syg anak, lagi2 anak daranya.

"-Yeke, kalau cemtu kirim salam kat ibu awak ye? Cakap nnt insyallah saya dtg jumpa dia"

-Awak dah gila? Kalau dia tahu nahas saya!!!-

Woah, ok, mummy issue ke? Kalau iye pun tak perlu tanda seru sampai 3 kali kan? Jelas tampak betapa seriusnya dia dalam menaip 3 kali tanda seru. Pergh, sebelum aku dan dia krik2, better aku wish gudnite,sweetdreamz.

Takpelah, terlalu awal untuk aku judge dia, lagipun awal lagi. Baru first date. First date eyh? Kalau 2nd nnt camner eyh?

------

Hari berganti hari, mesej berganti mesej. Cinta disemai kasih dituai. Temu kali kedua pun tiba. Katanya jumpa di KLCC, mungkin kebetulan mungkin menyindir. Tepat jam 3 aku terpacak seperti dijanji di hadapan KFC. Sedang menunggu munculnya, hati melonjak tak sabar nak bertemu.

Itu dia! Lenggoknya kemas berjalan ke arah ku dan senyumnya, Ya Allah, hanya tuhan yang tahu betpa hati macam ditembak melihat raut wajahnya. Tak disangka, dia datang berpakaian gaun panjang cubaan jelas untuk kelihatan lebih feminin dan dia berjaya. Setiap mata memandang memancar cemburu, lagi2 lelaki giant macam aku boleh bersama dewi genit sebegitu.

"Hai" sapaku bersahaja

"Hai jek?" Sindirnya


Ok....... dia nak apa lagi?

"Awak nampak cantik harini, saya tak sangka awk reti berpakaian mcmni" komenku  berani

"Haha, poyo ar awak, jom kita makan dulu? Saya dah kebulur ni" balasnya kasar.


Walau tuturnya tak berubah, namun di ujung mulutnya terukir senyum sini. Bahaya kalau dapat bini macamni! Aduhai Nadirah...
Temujanji ini berlalu indah sekali. Indah yang kukenang sehingga hari ini. Takkan boleh lupa setiap ramas jarinya, setiap senyumnya. Kalau berjalan seiring sewaktu window shopping, pasti semua orang melihat semacam. Aku tak tahu samaada cemburu melihat aku bersama Nadirah atau mencebik kenapa aku yang dipilih atau mungkin, ada yang ingat kami adik-beradik sebab tinggi yang ketara bezanya? Peduli apa aku, setakat 45cm beza tak terasa di hati! Tak terasa kalau cinta dah membunga,pudar segala beza dan aku, tenggelam, dalam dunia kami berdua.

Seharian berjalan kesana kemari, tak keluar duit sangat pun. Modal air liur sahaja dah terasa cukup bahagia bila bersama. Tiba di akhir temu.

"Jom awak, saya hantar balik?" Cubaan pelawa harap berjaya

"Ermm, boleh kot, tapi sampai luar pagar je boleh?" Balasnya ragu-ragu

Orait! Ada peningkatan, ada kemajuan, maknanya ada harapan! Kami pergi meninggalkan KLCC dengan kereta Viva unggu aku. Dengan tempo yang syahdu aku memandu, waktu masih terasa laju berlalu. Rumahnya tak jauh pun, di Kampung Baru, lorong kedua lepas simpang empat masjid yang berdepan pusat rawatan islam.

30 minit perjalanan, agak lama kalau dikira ikut jarak yg dekat. Indah cuma sebentar bila cinta belum halal, dan aku, semakin terasa itu hala tujuku. Setiba di rumah, pandang pertama, keadaan rumahnya yang humble dan simple walau di tengah kota.

"Dah wak, ok saya masuk dulu ye?" Gegasnya
"Eyh, tunggu saya berhenti depan rumah ler" tenangku padanya.

Namun dia tanpa sepatah kata dia membuka pintu dan sebelum langkahnya meluru laju, dia sempat patah balik semata untuk berkata

"Thanks awak, thanks for everything" dan berlalu pergi.


Aku hanya mampu tersenyum, girang dalam diam dan hairan sedikit terasa. Dalam pada ketika dia masuk ke rumahnya, gaya ragu2 dan serba-salah jelas di wajahnya.

Ada sesuatu yang memberat hatinya, ada sesuatu yang macam bonggol menghalang kasihnya padaku dan aku, semacam tunggul yang bantut curah kasihnya. Hanya pulang dengan rasa tak puas, memandu dengan tanda tanya dalam viva unggu bersama hati kelabu.

---------

Hatiku tetap malar dalam menghubung cinta. Mesej tak putus berbalas, cinta semakin panas. Kini aku mengambil kata putus, yes, she's the one for me!

Aku akan melamarnya sejujur kata tanpa was2.


-awak?bz ke? Ada suprise tuk awak

-xpun, xyah suprise2 sgt la wak...


-eerr, saya nak masuk merisik awak =)


-haha,itu bukan suprise tu lawak tu


- kalau lawak saya pun gelak sekali, ni masalahnya saya serius


-..... awak


-ye saya, surprise x? Mcm x suka jekk


- suka, suka sangat wak,tapi saya


-kenapa?tak sedia?


-bukan...


-abeh tu?kenapa wak?


Senyap... sepanjang hari aku tak keruan. Angan diharap dia menjawap keriangan.

-awak? Kenapa senyap? Kalau perlu masa cakap jela,saya x paksa. Saya cuma perlukan awak,hanya awak.

Senyap lagi... macam mesej dengan hantu pun ada. Sakit hati.

-awk..pls,jgn wat saya begini, saya jadi gila macamni, at least bagila jawapan

Senyap... ahhhhhhh! Masuk minggu kedua begini, takyah kata lelaki, kucing pun boleh tawar hati.
Aku tak putus asa, aku tak hadap dengan kecewa. Aku lelaki berani, dan aku ambil keputusan sendiri. Aku nak pergi ke rumahnya untuk menyarung cincin di jari!


------

Tak lama selepas tekad kukuh di jasad, lusa aku pergi ke rumahnya. Bersama cincin emas ku beli , aky menuju kerumahnya. Tak sabar rasanya nk melihat wajahnya, fikirku mmg dia akan marah,tapi tahu jenis dia kalau marah, pasti bersama airmata, airmata keriangan yang akan membuang segala keruh antara aku dan dia. Nadirah, kau tunggu ya!

-----
Saat ini, aku berdiri teguh, di hadapan pintu rumahnya. Hanya aku dan pintu rumahnya menjadi pemisah. Ironinya, hujan turun dengan renyai seaakan rahmat, atau laknat yang bakal menanti. Aku telah diduga seribu fikir,sokong dan bangkang untuk sampai ke tahap ini. Untuk berdiri di hadapan pintu rumahnya. Tak jauh, lucunya, sekadar 45cm antara aku dan pintu. Aku tersenyum, antara kering dan lembab, waktu terhenti sebegitu. Aku mengharap dia sedar hadirku namun renyai hujan menutup bunyi datangku. Aku semakin keliru tetapi aku tahu, ini saja peluang yang aku ada. Dan aku lelaki berani.

"Assalamualaikum!"sayup panggilku
Dengus kecil dan pintu dibuka. Kelihatan tubuh anak kecil menyambut sapa.

"Walaikumsalam? Ye nak jumpa siapa ye?" Sahut comel keanakkan. 

Barangkali adik bongsunya aktif menjadi penyambut.


"Kakak ada tak? Cakap abang syahmi nak jumpa boleh?" Pohonku

"Ermm, kakak takde" balasnya

"Kakak pergi mana?" Tanyaku

"Saya takde kakak" jawabnya jujur

Ahh sudah. Kecelaruan apa pula ini ? Aku salah rumah ke? Selama ni ,ni  bukan rumah dia ke? Atau sela..

"Alongg! Siapa di pintu tu? Kan mummy da cakap panggil mummy dulu" teriak suara dari dalam rumah 

Suara yang kukenal, suara yang selama ini ku tuai kasih di tiap lena. Dia, Nadirah!


"Eyh, awak??" Pinganya bertanya

"Sayang!! Siapa tu?" Sambung suara lelaki dari belakang.

"Takde sape bang! Orang tanya jalan je!" balas Nadirah

"Maaf wak, tolong jangan ganggu saya lagi" seraya kelu dalam bicara. Tanpa memandang muka, dia, Nadirah, menutup pintu rumahnya.

OMG... apa betul acara yang berlaku di depan mata? Apa kejadah semua bicara cinta bersama? Sedang hati terang2 dilukanya?

Aku tergamam. Masih kelu. Tak tercari kata2. Terasa dunia bukan tempat yang nyata. Kini, aku masih berdiri lagi di depan pintu. Setelah lantang cinta dimusnah. Dan jarak antara aku dan pintu masih 45cm lagi. Kali ini, inilah 45cm yang paling jauh dalam dunia. Dan aku lelaki, terbuang dunia kerananya.

----

Kini, peristiwa itu genap 7 tahun berlalu, dan sedetik aku tak pernah lupakan. Bukan pada peritnya perpisahan tetapi pada indahnya kenangan. Aku harap, kalau mungkin, MUNGKIN dia terbaca kisah ini, aku nak dia tahu. Bahawasanya, jarak 45cm antara kami berdua, adalah 45cm yang paling jauh dalam hidup aku.

Sunday, November 13, 2011

first entry??

Muahahaha~ nih first entry khas untuk blog baru aku nih yg aku reka khas tuk aku mengomel-ngomel, membebel-bebl dan berleter tak tentu hala. aku berharap sgtlah kepada sesapa yang TERsudi meluangkan masa mereka tuk baca blog ni sbb bile korang dh start baca,nmpk sgt lah terserlah korang nyer keterlebihan masa tu, he3.

Nway, apapun korang fikir, rasa, atau agak2 pun, jgn lupe komen pandangan2 korang sbb mostly aku akan citer aku nyer point of view terhadap mende2 disekeliling nih. Maybe skali-skale aku akan amek topik random yang hangat dan berleter mengenainya,bla3~.

Owh! jgn lupe follow k? itupun kalau korang berminat sgt2 nk dgr lelaki misteri nih memekak mencoret ntah apa2,ha3. as long as kita sume bahagia,aku tak kaco hidup ko, ko jgn kaco hidup ak.

ok? set? cantekk~~~